Salam sejahtera
Pagi raya dilamun cinta,
bercinta nak makan kuih samosa,
ampun dan maaf jua dipinta,
moga terhapus segala dosa.
Dikesempatan ini, ahli AKRAB PERZIM yang terdiri daripada En. Fairus bin Haji Mamat, En. Johari bin Yusof dan Encik Rosli bin Jahari ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini ada membuat kesalahan dan kesilapan kepada mana-mana pihak dan individu sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan.
Semoga di hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi menjadi titik tolak kepada diri kita untuk berubah ke arah kebaikkan.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment