Thursday, June 30, 2016

AKRAB PERZIM BANTU MENJAYAKAN HARI PSIKOLOGI

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Pada 23 Jun 2016 lalu, AKRAB PERZIM bersama-sama AKRAB Negeri Melaka membantu dalam menjayakan Hari Psikologi anjuran Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Tema Hari Psikologi pada tahun ini ialah Magnet Cinta.

Program dilaksanakan secara ceramah dan forum dan tugasan yang diberikan kepada ahli AKRAB ialah mengadakan pameran. 


Kerja-kerja pemasangan pameran AKRAB
Encik Fairus menyampaikan hadiah kuiz kepada pengunjung ruang pameran AKRAB

Ceramah pada hari tersebut telah disampaikan oleh Encik Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Utih dengan ceramahnya bertajuk "Suami Hensem Isteri Ohsem"


Forum Magnet Cinta

Antara peserta yang hadir ke Hari Psikologi

Di sebelah petang pula diadakan forum yang bertajuk Magnet Cinta. Ahli-ahli panel bagi forum ini merupakan mereka-mereka yang amat popular di media massa iaitu Tuan Haji Husim Salleh, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan Hari Psikologi ini dan berharap ia terus diadakan lagi pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment