Assalamualaikum
Salam sejahtera
APA ITU AKRAB?
===============
AKRAB merujuk kepada pegawai yang telah ditauliah sebagai rakan pembimbing di agensi perkhidmatan awam yang telah berjaya mengikuti program Pra AKRAB Tahap I dan AKRAB Tahap II yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.
KONSEP
=======
AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas
kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan,
nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi.
Konsep
AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan
antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu
membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk
semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli
AKRAB.
OBJEKTIF
=========
Objektif AKRAB ialah untuk membimbing pegawai yang
menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan
dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.
MISI
====
1. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
2. Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan.
3. Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
VISI
====
Menjadikan AKRAB penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.
MOTO
======
"Berkhidmat Membimbing"
FALSAFAH
==========
"BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN". Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.
PRINSIP
=======
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
PERANAN
=========
Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan
modal insan lebih humanistik. Antara peranan lain rakan sekerja ialah :
1. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan.
2. Memberi sokongan kepada perubahan.
3. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam.
4. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan.
5. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya.
6. Menggalakkan budaya kerja berpasukan.
7. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati
ETIKA
======
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati orang lain.
3. Memahami batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran daripada pelbagai aspek.
5. Melaporkan kepada kaunselor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
6. Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi.
7. Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.