Assalamualaikum
Salam sejahtera
Pada tanggal 4 Julai 2016, ahli AKRAB PERZIM telah mengagih-agihkan sumbangan yang diterima oleh AKRAB negeri Melaka dan sumbangan daripada kakitangan PERZIM kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim untuk program Berkat Ramadhan.
Seramai 12 orang penerima sekitar negeri Melaka telah diberikan sumbangan berupa barangan-barangan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, mee hoon dan sebagainya.
Berikut antara gambar pemberian sumbangan yang sempat diambil semasa penyerahan sumbangan diadakan.
Sumbangan yang tidak seberapa ini diharapkan dapat memberikan sedikit kegembiraan di kalangan penerima dan dapat dimanfaatkan segala pemberian itu.
Dalam melaksanakan amanah untuk menyerahkan sumbangan ini, ahli AKRAB PERZIM dapat mempelajari banyak perkara tentang kesusahan dan kesukaran masyarakat dalam penghidupan seharian. Perasaan simpati dan empati sentiasa berada di dalam hati ahli AKRAB dalam melaksanakan tugasan ini.
Kadang-kadang kita mengeluh kerana serba serbi tidak cukup, namun sebenarnya ada insan-insan lain lebih sukar daripada kita. Jadi, kita seharusnya perlu lebih bersyukur kerana masih mampu meneruskan kehidupan dalam suasana kos sara hidup yang kian meningkat.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemberi-pemberi sumbangan sama ada melalui AKRAB negeri Melaka dan juga kakitangan PERZIM. Semoga kalian terus dilimpah dan dimurahkan rezeki dari Allah SWT.